Saturday, April 11, 2009

Kawan Adik.

Dalam hubungan adik-beradik, abang atau kakak boleh jadi kawan kepada adiknya itu. Sebagai kawan pulak, kita perlu juga hormat kawan kita itu.

Maksudku, sebagai abang atau kakak dan kawan, kita perlu hormat adik kita itu, dan jangan anggap bahawa adik sahaja yang perlu hormat kakak atau abang.

Memang mak bapak nenek atuk kita , sejak dari moyang-moyang kita dulu lagi kita diajar untuk menghormati orang yang lebih tua. Tetapi, kita juga diajar untuk menghormati HAK ORANG LAIN.

Jadi, kepada kakak dan abang, sentiasa ingat untuk hormati juga hak adik, dan jangan hanya mengharapkan adik sahaja yang hormat kita. Dalam keluarga, hubungan dua hala ini perlu dikekalkan.

Walaubagaimanapun, apabila adik hilang rasa hormat terhadap kita, kita boleh jadi hanya kakak atau abang kepadanya, bukan lagi kawan.

Melainkan adik hilang rasa hormat terhadap kita sebab kita tak menghormati hak dia, hilangkan status kawan tu tak guna jugak sebab dari awal lagi status kawan itu elek.

No comments:

Post a Comment